Bumi Datar: Fakta Atau Kecelaruan
PENGENALAN
Mohamad Razif Bin Mohamed Rosly (Graduan, UTM)
Mac 22, 2020
Gambar 1: Model kejadian siang dan malam mengikut fahaman Golongan Bumi Datar. (sumber FB: Bumi Bukan Sfera serta Kritikan Terhadap Teori Holeocentric)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Bumi.
Hari ini, Mac 22, 2020, hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Masa yang terluang ini saya manfaatkan untuk membuat satu penulisan ilmiah tentang beza fahaman Golongan Bumi Datar ("Flat Earth", FE) ke atas Bumi yang kita sedang diami sekarang ini.
Ramai masyarakat tak sedar bahawa golongan ini wujud di seluruh dunia. Mereka berpendapat bahawa bumi yang kita diami sekarang ini adalah rata. Sehingga posting ini ditulis, mereka masih tercari-cari bukti mengenai bumi ini bulat atau melengkung. Walaupun sudah berkali-kali dimaklumkan bersama bukti-bukti secara ilmiah mahupun secara pemerhatian kejadian setiap hari di bumi ini, golongan ini masih tidak mahu mempercayainya. Malah golongan ini menuduh Golongan Bumi Bulat ("Globe Earth", GE) berbohong. Amat menyedihkan lagi, mereka sendiri tidak dapat menggunakan model ciptaan mereka selaras dengan kejadian sebenar.
Antara kegagalan model FE berfungsi selaras dengan kejadian sebenar di atas muka bumi ini adalah seperti berikut,
- Kejadian terbit (Gambar 2)dan tenggelamnya matahari setiap hari.
- Kejadian fasa bulan (Gambar 3) yang berubah setiap hari bagi menentukan bilangan hari dalam kalendar Islam.
- Kejadian gerhana bulan (Gambar 4) dan gerhana matahari (Gambar 5).
- Peredaran "Zodiac" atau buruj (Gambar 6) (gugusan bintang untuk menentukan arah)
- Kewujudan ufuk (Gambar 7)atau "horizon".
- Kejadian perubahan musim di setiap benua.
- Kejadian perbezaan iklim di setiap benua.
- Kejadian "analemma" matahari (Gambar 8).
Selain daripada itu, perkara-perkara yang sedang berlaku sekarang ini dianggap satu pembohongan, seperti kewujudan satelit dan stesen angkasa antarabangsa atau "International Sapace Station", ISS, kerana perkara ini telah melanggar kepercayaan mereka tentang adanya kubah yang menaungi / menutupi bahagian atas bumi rata.
Setiap perkara yang tidak sesuai dengan fahaman golongan FE ini, ia dikatakan sebagai satu pembohongan dan ditolak tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Gambar 2: Matahari terbit di ufuk.
Sumber: THE SCIENCE OF SUNRISES : 4 FUN FACTS, Mei 28, 2017: https://www.forbes.com/sites/marshallshepherd/2017/05/28/the-science-of-sunrises-4-fun-facts/#31a94fd82311
Gambar 3: Fasa bulan yang digunakan bagi menentukan bilangan hari di dalam kalender Islam.
Sumber: MOON PHASE PROJECT, Oktober 1, 2013: http://rooftopweather.info/moonphases.htm
Sumber: MOON PHASE PROJECT, Oktober 1, 2013: http://rooftopweather.info/moonphases.htm
Gambar 4: Kejadian gerhana bulan.
Sumber: Your Guide to Lunar & Solar Eclipses in 2020 and How They’ll Affect Your Life, Januari 11, 2020:
https://www.allure.com/story/guide-to-lunar-solar-eclipse-dates dan Getty Images
Gambar 5: Kejadian gerhana matahari.
Sumber: Your Guide to Lunar & Solar Eclipses in 2020 and How They’ll Affect Your Life, Januari 11, 2020: https://www.allure.com/story/guide-to-lunar-solar-eclipse-dates dan Getty Images
Gambar 6: Contoh kedudukan buruj. Gambar ini adalah sekadar hiasan, tidak menunjukkan keadaan sebenar untuk digunakan sebagai penunjuk arah.
Sumber: https://commons.m.wikimedia.org/wiki/File:Ecliptic_path.jpg, Penulis, https://commons.m.wikimedia.org/wiki/User:Tau%CA%BBolunga
Gambar 7: Gambar ufuk atau garisan yang terhasil dari pertemuan antara langit dan permukaan laut.
Sumber: Horizon, Mac 22, 2020: https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/horizon/, Photograph by Dusty Smith
Gambar 8: Foto corak kedudukan matahari yang dirakam pada waktu yang sama pada sepanjang tahun. Kedudukan corak ini kelihatan berbeza jika dirakam di lokasi / negara berlainan.
Sumber: THIS IS HOW THE SUN MOVES IN THE SKY THROUGHOUT THE YEAR, Jan 1, 2019: https://www.forbes.com/sites/startswithabang/2019/01/01/this-is-how-the-sun-moves-in-the-sky-throughout-the-year/#1e9694817303
Comments
Post a Comment