Bumi Datar: Fakta Atau Kecelaruan
PENGENALAN Mohamad Razif Bin Mohamed Rosly (Graduan, UTM) Mac 22, 2020 Gambar 1: Model kejadian siang dan malam mengikut fahaman Golongan Bumi Datar. (sumber FB: Bumi Bukan Sfera serta Kritikan Terhadap Teori Holeocentric ) Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Bumi. Hari ini, Mac 22, 2020, hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Masa yang terluang ini saya manfaatkan untuk membuat satu penulisan ilmiah tentang beza fahaman Golongan Bumi Datar (" Flat Earth ", FE ) ke atas Bumi yang kita sedang diami sekarang ini. Ramai masyarakat tak sedar bahawa golongan ini wujud di seluruh dunia. Mereka berpendapat bahawa bumi yang kita diami sekarang ini adalah rata. Sehingga posting ini ditulis, mereka masih tercari-cari bukti mengenai bumi ini bulat atau melengkung. Walaupun sudah berkali-kali dimaklumkan bersama bukti-bukti secara ilmiah mahupun secara pemerhatian kejadian setiap hari d...