Posts

Flat Earth Dimension vs Sphere Earth Dimension

Image
Oleh, by Mohamad Razif Bin Mohamed Rosly Di bawah adalah ukuran bumi datar (Flat Earth) berdasarkan keluasan bumi sfera (Sphere Earth). Below is the dimension of FE and GE. Dari keluasan bumi, kita boleh kenalpasti ukuran bumi rata (FE) dalam keadaan "sebenar". Dari ukuran yang kita perolehi ini, adakah ia menepati jarak dan masa yang kita guna setiap hari? Sudah tentu tidak. Apa yang berlaku sekarang, jarak dan masa adalah menggunakan ukuran dari bumi sfera. From earth area, we can determine the FE "actual" dimension. From the dimension, is it valid to the distance and time that we used daily? For sure it is not. This is proven that we always applied from GE dimension for our daily used. Fikir fikirkan. Think again.

Bumi Datar: Fakta Atau Kecelaruan

Image
PENGENALAN Mohamad Razif Bin Mohamed Rosly (Graduan, UTM) Mac 22, 2020 Gambar 1: Model kejadian siang dan malam mengikut fahaman Golongan Bumi Datar. (sumber FB: Bumi Bukan Sfera serta Kritikan Terhadap Teori Holeocentric ) Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Bumi. Hari ini, Mac 22, 2020, hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Masa yang terluang ini saya manfaatkan untuk membuat satu penulisan ilmiah tentang beza fahaman Golongan Bumi Datar  (" Flat Earth ", FE ) ke atas Bumi yang kita sedang diami sekarang ini. Ramai masyarakat tak sedar bahawa golongan ini wujud di seluruh dunia. Mereka berpendapat bahawa bumi yang kita diami sekarang ini adalah rata. Sehingga posting ini ditulis, mereka masih tercari-cari bukti mengenai bumi ini bulat atau melengkung. Walaupun sudah berkali-kali dimaklumkan bersama bukti-bukti secara ilmiah mahupun secara pemerhatian kejadian setiap hari d